Institut Pendidikan Guru yang dahulunya dikenali sebagai maktab perguruan merupakan sebuah institusi pendidikan yang melatih bakal-bakal guru. Bakal-bakal guru ini terdiri daripada pelajar Kurusus Perguruan Lepasan SPM (KPLSPM), Kursus Perguruan Lepasan Ijazah (KPLI), Kursus Sijil Perguruan Khas (KSPK), Kursus Dalam Cuti (KDC), Kursus dalam Perkhidmatan (KDP), Program Pensiswazahan Guru (PPG), Open University Malaysia (OUM) dan Kursus Pendek Kelolaan Institut (KPKI). Pelajar KPLSPM yang dipilih oleh Bahagian Pendidikan Guru (BPG) untuk kemasukan ke IPG ini telah dipilih berdasarkan temuduga dan ujian (INSAK) sebelum temuduga. Pemilihan untuk kemasukan temuduga semestinya terpilih yang benar-benar cemerlang dalam SPM iaitu minima untuk kemasukan IPG ialah 3A dan kepujian dalam 6 mata pelajaran yang lain. Pelajar KPLSPM yang lulus peringkat persediaan sahaja akan ditawarkan untuk menyambung Ijazah Sarjana Muda Perguruan di IPG yang telah mendapat kelulusan daripada Agensi Kelayakan Malaysia, Jabatan Perkhidmatan Awam dan Suruhajaya Perkhidmatan Pelajaran.
Pindaan Akta Pendidikan 1996, yang membenarkan maktab perguruan dinaik taraf ke Institut Pendidikan Guru Malaysia telah diluluskan oleh Dewan Rakyat 25 Ogos 2008. Melalui keputusan itu, negara bakal memenuhi sasaran 100 peratus guru siswazah di sekolah menengah dan 50 peratus guru kategori itu bagi sekolah rendah di seluruh negara pada tahun 2010. Persoalanannya, adakah IPG boleh melahirkan guru yang cemerlang yang boleh memenuhi syarat seorang guru? Adakah guru yang mempunyai ijazah sarjana muda pendidikan yang di hasilkan di IPG mampu memberi pembelajaran dan pengajaran dalam pendidikan di Malaysia ke arah kecemerlangan?
Pada tahun 2011, 1,987 orang graduan keluaran pertama IPG yang melalui kursus selama lima tahun enam bulan yang telah konvokesyen. Keluaran ini membuktikan bahawa keupayaan IPG menghasilkan guru cemerlang tidak dapat disangkal-sangkal lagi. Kebolehan dari segi dapatan ilmu itu telah membuktikan 1,987 orang ini lulus dengan kepujian.
Permulaan di IPG ialah kursus PPISMP yang mengambil masa satu setengah tahun, di mana pada masa ini pelajar IPG diberi pendedahan awal sebelum memasuki PISMP yang mengambil masa empat tahun. Permulaan pembelajaran di IPG adalah di PPISMP, pelajar didedahkan dengan subjek-subjek elektif selain subjek minor dan major untuk menyediakan diri menghadapi PISMP. Subjek elektif ini berunsurkan ilmu pengetahuan serta berkonsepkan motivasi kepada bakal-bakal guru sebelum PISMP. Subjek elektif seperti kemahiran belajar, matematik asas, kemahiran berfikir, pengantar pendidikan dan kompentensi kecerdasan emosi. Dalam subjek elektif inilah pelajar-pelajar IPG faham tentang pendedahan dan dapat motivasi diri untuk menghadapi program ijazah.
Pada PISMP pula, pelajar didedahkan dengan ilmu-ilmu tentang pengajaran dan pembelajran secara lebih mendalam selain lebih mendalami subjek major dan memahami subjek minor serta mempergiatkan subjek-subjek elektif. Pelajar-pelajar juga banyak didedahkan dengan konsep pengurusan di dalam sekolah di mana bukan sahaja berfokus kepada dalam bilik darjah sahaja. Tidak hanya dengan berada dalam kawasan sekolah malah pengalaman berasaskan sekolah(PBS) dijalankan selama seminggu dan 4 kali sahaja dalam masa empat tahun kursus ini. Pada masa PBS, pelajar-pelajar dapat mengambil sedikit sebanyak mengenai sekolah pilihan sendiri bagi mendapatkan seberapa banyak ilmu dari sesebuah sekolah itu. PBS hanya dijalankan pada semester 1,2,3 dan 4 sahaja. Manakala selepas PBS, pelajar dinilai daripada praktikum dari semester 5,6 dan 7. Program praktikum adalah komponen penting dalam kurikulum latihan Perguruan praperkhidmatan yang berlandaskan hasrat dan matlamat Falsafah Pendidikan Negara dan Falsafah Pendidikan Guru. Praktikum memberi peluang kepada guru pelatih mengamalkan pengetahuan, kemahiran dan nilai keguruan secara reflektif dalam situasi sebenar bilik darjah dan sekolah. Pelaksanaan program peringkat ini memberi tumpuan kepada proses pengajaran dan pembelajaran dengan bimbingan melalui perkongsian pintar dan permuafakatan antara institut perguruan, sekolah dan agensi-agensi lain yang berkaitan.
Hasrat utama Kementerian Pelajaran ialah untuk menghasilkan guru-guru yang cekap dan berkebolehan dalam semua bidang pembelajaran, sama ada bidang akademik mahupun bukan akademik. Selaras dengan tujuan ini, aspek kokurikulum telah dijadikan salah satu unsur penting dalam sistem pendidikan perguruan di Malaysia. Justeru, selaras dengan hasrat Falsafah Pendidikan Kebangsaan untuk memperkembangkan potensi individu secara menyeluruh serta melahirkan guru yang sihat dan berkeupayaan melalui konsep 'Malaysia Cergas', peluang diberi kepada pelajar dan pensyarah dalam aktiviti penyuburan diri serta sebagai persediaan menjadi seorang guru yang berkesan dalam pengendalian aktiviti kokurikulum di sekolah mahupun di Institut Pendidikan Guru (IPG ). Penglibatan guru dalam sukan dan unit beruniform adalah antara aspek terpenting bagi melahirkan murid-murid berdisplin tinggi. Di IPG, unit beruniform merupakan kegiatan yang memberi markah pada setiap semester yang dijalankan. Unit kokurikullum merupakan asas kepada pergerakan di IPG bagi melahirkan bakal-bakal guru kearah 4k iaitu kejurulatihan, kepengelolaan, kepimpinan dan kepengurusan. Contohnya adalah seperti pendedahkan dengan permainan dan sukan seperti bola sepak, hoki dan sebagainya. Selain itu, olahraga dan pengurusan kokurikullum juga salah satu penilaian yang penting. Penilaian yang dilakukan adalah berdasarkan pengelolaan sesuatu pertandingan serta pembuatan kerja kursus juga. Seterusnya, semasa PISMP semester 3 dan 4, bakal-bakal guru didedahkan dengan unit beruniform seperti pengakap, Persatuan Bulan Sabit Merah dan Persatuan Pandu Puteri. Ini menunjukkan bahawa kegiatan kokurikullum di IPG telah menunjukkan bahawa kepentingan 4k dijadikan panduan untuk melahirkan guru yang berilmu.
Selepas berakhirnya semester lapan dalam PISMP maka lahirlah guru yang mampu mentadbir dan memimpin masyarakat ke arah pendidikan yang cemerlang meredah arus globalisasi dan itu juga menjadi misi utama IPG iaitu “IPG melahirkan guru yang kompeten dan berjiwa pendidik melalui program pembangunan guru yang dinamik ke arah pendidikan sekolah bertaraf dunia”. Program ijazah sarjana muda pendidikan ini tidak dapat disangkal lagi mampu untuk melahirkan guru yang cemerlang melalui kurikullum untuk bakal guru di 27 IPG seluruh Malaysia.